Tahun Baru Di Singapore (part 1)

US
Hey..Hey..Haluu Gaiss..

So ni first entry lps  1 tahun tak menulis..

Aku saja je 'ferment' entry ni sebab tahun 2018 bakal melabuh tirai tak lama lagi kan..So here we go! Planning sambut tahun baru kat Singapore ni sebenarnya last minute. Seingat aku, lepas jumpa ayim aku  terus 'onzz' naik join trip tu. Haaa, btw Ayim tu junior aku masa zaman universiti dan bestfriend aku.

Singapore adalah negara kedua yang aku pijak selain negara aku sendiri. Masa ni, aku follow trip family day my roomate.


Back pada jumpa Ayim lepas waktu kerja, kitaorang pun pergi Times Square. Sebab situ tempat yang paling senang nak jumpa. Masa tengah makan,ayim pun bukak cerita yang  dia plan nak pergi sambut Tahun Baru kat Singapore and perlukan partner perempuan untuk cukupkan koata. So aku pun setuju nak join sekali memandangkan sabtu 30 disember giliran aku kerja. Lagipun cam bonus la kan "balik" ke  tanah asal usul moyang sebelah ayah aku.tiberrrr!!.Then, terhasillah group wassap "Backpackers to go" sampai sekarang yang terdiri dari Aku, ayim, duan dan lutfi. Masa tu, pung pang pung pang dalam group wassap tapi sebenarnya  tak kenal antara satu sama lain .hahahahaha.Ahh, by the way, lutfi tu perempuan ye ;).


"Lari dari realiti cuba menghayati mimpi"


30 Disember 2017
9.00 malam

Lepas decide semuanya, kitaorang janji nak jumpa kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Ohh lupa, kitaorang pergi sana naik public transport which is BAS. So first jumpa dorang sume kat Convenience store. Masa tu masing-masing sibuk nak beli makanan untuk makan dalam bas. First impression masa jumpa duan, ' Mak aii, tinggi naw budak nih', sebab aku pendek sangat kot.hahahaha. Duan ni friendly gak la, dia 'hi' kat aku dengan mimik muka comel gila.hahahahaha.

Pastu di sebalik rak-rak makanan, lutfi keluar dengan 2 paket biskut kat tangan nak menuju ke kaunter bayar. Hi kak! aku Lutfi. Kaget jap aku, cantik weyh budak ni.. "Do you wanna buy something to eat in the bus" *insert suara lutfi speak english with indonesian slang. Ahh, it's okay. i already bought it sambil tunjuk plastik kat tangan aku sebab aku sampai dulu kat sana sebenarnya.


Malaysian


So to be short,  dalam kul 10.30 malam bas yang di tunggu pon sampai and kitaorang naik dengan selamat. Sesi taaruf (islamik sket) pon bermula la, sembang2 sampai kul 2 pagi sampaikan ada uncle tu tegur sebab bising sangat. Soooryy uncle 😆. Kitaorang eksaitedd baru kenal kottt...

31 Disember 2017

Pukul 5 pagi

Golden Mile Complex

Masa ni dah sampai Singapore lepas dah lalui  2 kali pemeriksaan Kastam. First masa kat sempadan Johor and second masa dah masuk Singapore. Bas kitaorang naik berhenti dekat Golden Mile Complex berdekatan dengan Masjid  Hajjah Fatimah. Untuk info tambahan, masjid ni di designkan dengan campuran islamic and european style. Hajjah Fatimah ni salah seorang wanita yang banyak membantu rakyat Singapore masa tu.  Nak tahu lebih, korang google le yeee..


Masjid Hajjah Fatimah - Google sources-



So alang2 dah nak masuk waktu subuh, kitaorang decide  nak solat dan bersihkan diri kat sini je. Laluan nak ke masjid nih cantik sangat dan kebetulan ada kucing-kucing gemok sambut kitaorang. Kiranya cam dialu-alukan la..Gitewww..


Bugis Street


Lepas dah settle semua, terus gerak pegi cari breakfast yang halalan toyiban. Dengan bawak beg seberat 7 kg lebih kot ke hulu ke hilir cari kedai makan. Last2, jumpa satu kedai melayu yang jual nasi2 and kuih dan muih makanla jangan hanya di pandang..... So bersarap la kitaorang sambil2 planning tempat seterusnya nak pergi..


Orchard Road

Jalan punya jalan, last2 dah sampai area Orchard road. Tapi sebab hari tu ahad plus masih awal pagi so, kedai-kedai pon tak bukak lagi. Kitaorang  pon  cuma singgah snap gambar je.


playing as tourist




Okay, sume dongak ke atas- Duan-


Muka serius semua, lutfi jangan gelak!



Ayim.Lutfi.Ridwan

Dekat 2 jam jugak kitaorang melilau area sini. Then kitaorang decide nak gerak ke Little India and Chinatown. Jom gaiss!!!


Chinatown



Little India Road
Acah2 Model semua!hahaha


Dah penat acah2 model, badan pon dah start melekit plus masa kat Chinatown langit menangis kuat sangat. So kitaorang pon gerak ke MRT stesen yang terdekat untuk ke tempat penginapan since check in pukul 2 kan..



Tree In Lodge




Untuk penginapan, Lutfi yang settlekan. Kalau tak silap aku, lutfi book melalui traveloka. Tree In Lodge ni sesuai untuk backpackers dengan harga yang berpatutan dan ia berkonsepkan dorm. Ade dorm lelaki sahaja, perempuan sahaja dan campur.Kitaorang pilih yang asing dorm. Harga pon  dalam Rm 90 pernight plus masa kitaorang ke sana, musim cuti sekolah kan.



Ni dorm perempuan, btw aku tido kat atas =)



Masa sampai kat sana, hujan masih lebat menggila. So kitaorang request nak check in awal dalam kul 12.30 tengah hari camtu. Yang bestnye owner Tree In Lodge  izinkan kitaorang check in awal. Yeayy boleh mandi!! Tree in lodge ni ada 2 tingkat, kat atas pon ada bilik plus small kitchen. So kalau korang rasa2 nak masak, boleh sangaddd!! Tapi jangan la pulak ko pegi masak gulai kawah bagai ye 😃. Pastu area bilik mandinye ade  di sediakan tempat iron baju and tempat basuh baju. In case kalau planning nak stay lama, boleh la ye mendobi di sini,gitewww...


Stay tuned! Nanti aku sambung part 2, which is apa yang kitaorang buat masa kat sana..... adioss!



Comments

Popular Posts