Pertama kali Raya di Perantauan.. wohaaa!!

                                                  assalamualaikum

Ehh lama tak dengar cerita kan, sorry sebenarnya tahun lepas aku dah privatekan blog aku nih atas alasan tertentu dan aku dah buang beberapa story yang aku rasa tak matang untuk aku tulis...hahahahaha, then tetibe arini rasa cam nak menulis balik, rindu kot!

so back to story yang aku nak cerita macam tajuk kat atas nun. yes!,tahun lepas aku raya aidiladha kat perantauan. Ni kira pengalaman paling best yang pernah aku dapat sepanjang umur aku la. peluang raya di Kemboja dan Vietnam. aku pegi sana bukan atas alasan suka-suka,sesaje pegi travel. sesaje amik gambar then post kat IG,FB..hahaha no.no.no *goyang jari telunjuk* aku pergi sebab ada misi. Misi Kemanusiaan. Kalau ada yang ingat,aku pernah pegi kemboja sebelum ni,tapi time tu bukan hari raya.

kenangan!



Misi Kemanusiaan dan Qurban Kelab Penyayang UMT. Nak pergi misi ni bukan sesenang rombongan cik kiah , kitaorang di wajibkan mencari dana RM 3000.00 seorang. So dana tu nanti kitaorang akan guna untuk beli barang-barang keperluan untuk di agihkan kepada penduduk islam di Kemboja dan Vietnam. Untuk program Qurban di Kemboja pula,kitaorang buka booth di pasar-pasar tani dan pasar malam dan ia terbuka kepada sesiapa yang nak amik bahagian qurban kat sana. kiranya dorang bayar dan sedekahkan daging tu untuk penduduk sana. Kitaorang cuma sebagai perantara.

banner untuk misi kemanusiaan












kutipan dana kat Pasar Tani Kuala Terengganu

hari last kitaorang kat PRK,thanks Dr.!







Untuk Misi kali ni jugak aku terlibat sebagai salah seorang Medical Team untuk bahagian khatan. So aku bersama 2 orang lagi pergi kursus ke Kelantan selama 4 hari 3 malam di Pusat Rawatan Komuniti Kota Bharu.Terima kasih Dr. Seri dan staff sebab banyak membantu kami sepanjang medical camp. seghonok taw!


sape degil,hakak cucuk korang!





p/s: bersambung..










Comments

Popular Posts