A Story That Bind Us =)

                                Assalamualaikum! hello uolls ~ 

yes! i'm back. hewhewhewhew
hmmm,sorry sebab lambat update,well sekarang tengah cuti midsem,so aku manfaatkan betul-betul cuti yang ada..hahahahaha(gelak sakan)

sebenarnya aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita nih,tapi tak pe la sebab ramai yang request nak tahu citer sebenar kan (konon-konon).jom aku story sket.

kisahnya bermula apabila classmate aku,azam bagitahu yang ada interview pasal misi kemanusiaan ke kemboja,anjuran kelab penyayang UMT. Interview tu adalah untuk mencari sukarelawan bagi siri ke 3. So,aku pun dengan tekadnya download borang,isi sume dengan konfidennye,pergilah interview,tu pun dah last day. Aku ingat lagi mase tu,dekat-dekat pukul 12 malam gak la,baru la giliran aku tiba. ramai giler nak join program nih.Semuanya yang hebat,fuhh kalau tengok mase dorang bercakap mau ketaq lutut aku. Berpengalaman hebat-hebat belaka.Memula tuh,aku cam nak give up gak la,sebab lama sangat tunggu.then aku pujuk diri aku,alang-alang aku dah tunggu dari pukul 9 sampi pukul 12,why not aku teruskan je..hehehe

ni poster interview
Dalam mase nmenunggu tu,ade gak la aku search pasal misi-misi dorang sebelum ni.aku bace paperwork dorang,budget,objektif,aktiviti.so nanti tak de la zero sangat pasal program-program sebelum ni.Dalam duk ralit belek phone,tup-tup nama aku dengan 4 orang lagi budak dipanggil.yes!kami di interview 5 orang sekaligus sebab masa dah semakin lambat. Penemuduga 3 orang lelaki yang dah pergi misi sebelum ni. First dorang suruh perkenalkan diri masing-masing and pengalaman yang ada. bla..bla..bla.bla.fuh,lega bila turn aku selesai. Pastu salah seorang dari penemu duga akan pilih siapa yang dia nak tanya soalan. Hokayy,aku neves.Adrenalin memuncak!.hadoiii,mintak-mintak jangan la tanya aku. Tak pela,tak dapat pergi pon.


Penemu duga 1: *amik borang,belek-belek*. A'isyah Rahman. dia panggil nama aku dengan konfidennye kaww!


aku : ye saya =") *muka dah cuak*


penemu duga : ok,saya nak awak berlakon. tunjukkan saya macam mana awak membentangkan kertas kerja depan datuk/tan sri supaya dorang yakin untuk dermakan dana bagi biayai program ni.




aku : arghh,sudahh! suruh berlakon!seingat aku la last sekali aku berlakon mase form 4,tu pun watak aku tak bercakap sebab jadi dayang istana je..sarat dengan tudung bling2 @_@


ehem-ehem*aku betulkan suara* aku berdiri dengan konfiden.


assalamualaikum..datuk,tan sri,tuan..bla.blaaa.bla.bla.bla. prinsip aku satu je,mase bercakap biar confiden!,asal tak lari topik dan tak nampak bodoh. alhamdulillah,selesai aku bercakap.


penemu duga 2 : hmmm,bagus! *nora kasi 4 bintang* saya suka cara awak berlakon dan
bercakap.nampak yakin.cuma,awak perlu ade cara untuk buatkan dorang rela hati untuk bagi dana nih.ni saya bagi tipsnye.


aku : ececece,kemain puji kaww.siap kasi tips lagi haa..
nak beli jiwa leteww..hahahahaha.




penemu duga : ok,nanti dalam masa 3 hari kami akan hubungi atau mesej jika kamu terpilih mengikuti program ni.jika tidak,kami ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi ditemu duga.

aku : hmmm,ayat lebih kurang camtu la.aku tak berharap sangat pun,sebab ramai yang ditemu duga dalam 165 orang peserta. dan hanya 30 orang sahaja yang akan dipilih. sobsss T_T

Dipendekkan cerita,aku dapat mesej mengatakan nama aku disenarai pendek sebagai peserta untuk program ke kemboja.alhamdulillah*sujud syukur*

Disitulah bermulanya episod aku menjadi sukarelawan,kami dibahagi kepada 6 kumpulan.setiap kumpulan ade 5 orang.ahli group aku ade acap,awal,sab,nurul n aku.kami diberi 2 tugasan dan perlu dihantar pada tarikh yang ditetapkan, yang pertama iaitu buatkan satu video mengenai masyarakat kemboja disana.kesusahan,sejarah hidup mereka. yang kedua,buat satu buku skrap yang akan digunakan sebagai buku untuk ditunjukkan kepada orang ramai bagi menyakinkan mereka menyumbang dana. masing-masing dibahagi tugas untuk cari info berkaitan.

Tapi dalam masing-masing sibuk mencari maklumat disamping busy dengan kelas, acap orang pertama yang tarik diri dari program ni.Dia cakap tarikh yang kami nak pergi sama tarikh dengan dye n family nak pergi umrah.hmmm,tinggal la berempat. =( so,kami tetap teruskan macam biasa even dah kurang ahli..aku n awal kena buat video.sab n nurul buat buku skrap.kami jnji nak serah bahan tu dekat library sebab nak compilekan. tunggu punya tunggu,awal tak datang.aku pun call,tetibe dye cakap tak dapat nak bagi komitmen sebab mase tu kitaorang memang busy nak final dah.hmmm,sorang lagi tarik diri.
start dari situ kami 3 orang buat kerja sama-sama, dua malam berturut-turut tido pukul 5 pagi siapakn tugasan sebab due date dah dekat. kami siap janji bagai yang kami tak akan singkirkan siapa-siapa pun antara kami sebab susah senang sama2.

Perjumpaan kali kedua 6/12/2013 ,kami perlu serahkan tugasan dan perlu bentang cara gerak kerja untuk dapatkan dana masing-masing.selepas setiap video kumpulan ditayangkan,setiap peserta perlu bentangkan cara gerak kerja masing-masing.Ala-ala propaganda korang la untuk dapatkan dana. aku ingat lagi mase tu,dorang sume hebat-hebat. ade yang kenal datuk,tan sri,wakil rakyat even ade salah seorang dari peserta anak kepada tokey balak kot.perghhh!!! giliran aku,aku tak cakap banyak.aku cuma bagitahu yang aku boleh tolong sebarkan kat media sosial dan dikalangan kawan-kawan,keluarga.aku tak mampu nak bagi janji lebih2,takut tak tercapai. selepas semua selesai bercakap,pengarah program bagitahu,dari 30 orang ni,hanya 25 orang sahaja yang akan dipilih T_T..Ok,aku macam tak konfiden je dapat teruskan. dia mintak kami tulis nama orang yang kami akan singkirkan dari ahli kumpulan sendiri. tak mungkin berlaku! kami dah janji,kalau dapat atau tidak,biar lah bertiga.so kami tak tulis nama siapa-siapa pon.cabutan nama dikeluarkan.
23 nama dah sebut,2 daripada nama mereka adalah nama ahli kumpulan aku.mase tu aku dah redha sangat-sangat,sebab aku dah buat yang terbaik.komitmen,tanggungjawab aku dah buat sehabis baik dah. then pengarah program,sebut nama yang ke 24.orang yang akan bekerjasama dengan bendahari (orang ke 25) sebab satu negeri.yeayyyyy!! nama aku tersenarai.alhamdulillah =D
Tapi lima orang tu muka sedih sangat2. ros,ameer,haziq,saadah dan syarif(kalau tak silap la) kesian pulak aku tengok.tapi apakan daya..hmmmmm*suasana sedih.sepi je*

pastu pengarah program tetibe cakap,ada berita baik.*suma mata bersinar balik*harapan
ohh,lupa pengarah program nama dia fadhil,budak tahun 2 kimia analisis.

fadhil: tadi coordinator program kemanusiaan kemboja ade telefon *muka serius*.dia cakappp.......*saspen*
          dia nak bawak semua sukarelawan 30 orang pegi sana,tak ade siapa pun akan disingkirkan.

                                                YEAYYYYYYYYY!!!!!!
     
time tu aku ingat lagi reaksi masing-masing,gembira melampau macam menang kereta! hahaha..yang paling tak boleh blanya,reaksi ros.dah macam menang anugerah pelakon popular. siap peluk,cium kitaorang lagi (geng2 perempuan) *kenangan* *lap mata*

aku akui tu hadiah paling indah aku dapat untuk hari lahir yang ke 22 tahun. oh ye! sebenarnya malam tu birthday aku..hehehe. so,i'm hepy n overcitedla citernya..terus call umi bagitahu aku berjaya untuk teruskan misi ni..alhamdulillah :'))

Okayy,dah lewat nih..nanti aku sambung pulak cerita bermulanya misi kami kat sane..assalamualaikum =)


Comments

Popular Posts