Tuhan beri beluncas untuk kita dapat rama-rama yang cantik

Seorang lelaki meminta rama-rama dan bunga pada ALLAH. Setiap hari dia berdoa supaya Tuhan makbulkan doanya. Namun pada suatu hari,ALLAH bagi dia pokok kaktus dan ulat beluncas..."

Ya ALLAH Maha Adil. DIA menghilangkan sesuatu yang dimiliki oleh seseorang supaya orang itu tidak akan kehilangan rasa. Supaya seseorang itu tahu erti derita. Dan pastinya selepas rasa sakit itu telah berlalu,seseorang itu lebih menghargai apa yang dia ada.

"Kemudian apa yang berlaku?"

"Sudah pasti dia merintih,kenapa Tuhan bagi dia pokok kaktus dan ulat beluncas,sedangkan dia meminta bunga dan rama-rama."

"Lelaki itu kemudian berhenti berdoa. Membiarkan sahaja kaktus dan ulat beluncas itu kerana dia seperti kecewa kerana doanya tidak di makbulkan dan tanpa sedar masa berlalu. Detik demi detik,saat demi saat,minit demi minit...

"Lalu apa yang terjadi pada pokok kaktus itu"?

"Keluar bunga yang cukup cantik dan ulat beluncas itu menjadi rama-rama yang berwarna-warni yang menawan.."


p/s: "Tuhan bagi sesuatu walaupun kita tak suka tapi sebenarnya apa yang kita tak suka itulah yang menggembirakan kita,bukan?" Tuhan ambil siang kita kerana mahu memberikan malam yang damai dan segar  :)


Comments

Popular Posts